Program Kembara Halal Eropah (KHE) merupakan satu program kerjasama antara Mood Travel, Juara Travel dan BUMITRA MALAYSIA untuk membantu agensi-agensi pelancongan di Malaysia terutamanya yang berdaftar dibawah BUMITRA MALAYSIA untuk meningkatkan jualan mereka dengan memperkenalkan pakej Seat-in-coach 2 pax to go (SIC).
Matlamat utama program KHE adalah untuk memperkenalkan pakej SIC kepada syarikat-syarikat pelancongan yang berdaftar di bawah BUMITRA MALAYSIA. Matlamat lain termasuklah:
Membuka peluang kepada syarikat-syarikat pelancongan yang berdaftar di bawah BUMITRA MALAYSIA untuk menjual pakej on ground ke Eropah.
Meluaskan kerjasama antara syarikat-syarikat pelancongan di Malaysia.
Memberi pendedahan kepada agensi-agensi pelancongan tentang trip pelancongan ke Eropah.
Meningkatkan jualan setiap agensi pelancongan yang berdaftar sebagai ahli KHE.
Mendedahkan teknik dan cara pemasaran dan jualan pakej-pakej pelancongan ke Eropah.