KHE mendapat lebih 200 sambutan daripada agensi pelancongan

Seramai 200 wakil daripada lebih 100 agensi pelancongan telah memeriahkan majlis pelancaran program Kembara Halal Eropah (KHE) yang diadakan di Restoran D’Saji, Titiwangsa pada 31 Julai 2019 yang lalu. Program ini adalah kerjasama antara Mood Travel, Juara Travel dan BUMITRA MALAYSIA.

Majlis yang dirasmikan oleh Datuk Musa Yusuf, Ketua pengarah Tourism Malaysia itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada lebih 300 agensi pelancongan di Malaysia. Program KHE bertujuan untuk membantu agensi-agensi pelancongan untuk mengembangkan perniagaan dengan menjual pakej-pakej pelancongan ke negara-negara eropah.

Antara objektif program KHE adalah membperkenalkan pakej SIC (seat-in-couch 2 pax to go) kepada syarikat-syarikat pelancongan di Malaysia terutamanya yang berdaftar dibawah BUMITRA MALAYSIA dan meningkatkan jualan tiket ke Eropah untuk Etihad Airways dan Oman Air.

KHE bukan sahaja menawarkan peluang perniagaan kepada agensi-agensi pelancongan, tetapi juga menawarkan satu pengalaman yang takkan dilupakan oleh bakal-bakal peseta dengan menawarkan trip-trip pelancongan yang sangat menarik dan yang pastinya menjaga etika dan adat sebagai umat islam.

Menurut ketua pegawai eksekutif Mood Travel En. Atiq Suzaili, KHE adalah bertujuan membantu agensi pelancongan terutamanya yang menawarkan pakej umrah untuk mencuba sesuatu yang baru dengan menawarkan pakej selain ke umrah iaitu ke Eropah. 

Daripada maklum balas yang diterima, kabanyakkan wakil agensi pelancongan yang hadir memang menantikan peluang-peluang seperti ini kerana mereka telah menerima permintaan daripada bakal pelanggan tatapi atas sebab kekangan pengalaman, pemintaan bakal pelanggan terpaksa ditolak.

Antara perkara yang ditawarkan untuk KHE adalah”

1. Pengangkutan yang selesa.

2. Tempat penginapan yang luas.

3. Makanan halal.

4. Tempat solat.

5. Pemandu pelancong berbahasa Malaysia.

6. Kepuasan membeli belah.

 

Lot A-2-7A, blok A, Ostia Bangi, Seksyen 14, 43650 Bandar Baru Bangi, selangor, Malaysia.

+603 8922 9376 / +601 9667 7637 

HUBUNGI KAMI

Mood Expert Travel & Tours SDN BHD (KPK 9122) – All right reserved